Tentang blog nie...

noting special pon dkat blog ni...juz a simple blog tmpat gue nk crita sal my life ckit..... =) .....hello!! im Ahmad Azamuddin Bin Mohd Zin...KEDAHan okay!proud to be kedahan.....14 y/o...still young maaa......you can share anything with me....criously im a very3 KIND HEARTEDperson... *bley plak pji dri sniri erk..skali skali apa slahnya kn???hehe

Keindahan Islam

Sunday, December 12, 2010

Story rakan kpdku di wktu pagi yg indah dan penuh keberkatan..

Assalamualaikum... salam pembuka bicara..
Hari ni terdetik nak update blog ni dgn sebuah story yg amat menarik daripada rakanku kpd aku pagi tadi..so ak bley share story ni kt korang sume..:)


Seorang pekerja muslim bekerja di Jepun. sejak tamat belajar, kini sudah beberapa tahun beliau bekerja di sana. beliau adalah seorang muslim yang baik dan taat mengerjakan solat 5 waktu, sehari semalam.

Hidup di negara orang yang rakyatnya tidak mengenali Islam, untuk menjalankan perintah Allah bukanlah sesuatu yang mudah. hanya iman yang kuat yang akan dapat menjaganya dari hanyut dibuai mimpi ngeri.

Berbeza dengan Malaysia, kita tidak pernah dilarang untuk menunaikan kewajipan solat diwaktu bekerja atau pada bila-bila masa. Di negara orang, tindakan kita berhenti bekerja untuk solat akan dipertikaikan dan dijadikan isu.

Suatu hari, seorang pekerja Jepun bertanya kepada sahabat muslim ini...
"Mengapa kamu selalu berhenti bekerja untuk sembahyang? bukankah ianya membazirkan waktu? tidakkah kamu orang muslim rasa betapa pentingnya setiap saat dan masa. Malah 5 kali kamu bersembahyang setiap hari"

Hamba Allah itu berfikir sejenak... lalu berkata beliau kepada rakyat matahari terbit itu...
"Jepun adalah sebuah negara yang maju... banyak teknologi dan kemajuan yang telah kamu perkenalkan kepada dunia... kereta, robot dan sebagainya... Semakin canggih sesuatu alat itu, semakin banyaklah ianya perlu diservis dan semakin banyaklah kos yang perlu dikeluarkan untuknya... Adakah itu benar?"

"Ya, tepat sekali..." jawab warga jepun tersebut.

"Sekarang kamu fikirkan, antara robot dan manusia... yang manakah yang lebih canggih ciptaannya?... tentu sekali manusia itu lebih canggih ciptaannya. dan seperti robot, manusia juga perlu diservis... sebab itulah manusia perlu diservis hatinya, 5 kali setiap hari dengan bersembahyang bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik"

terdiamlah orang jepun itu...
Ahmad Azamuddin kata...
sekal lagi diingatkan story ini diceritakan oleh rakan  aku... samada kisah benar atau x, xdapat dipastikan. Wallahualam...

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil:
solat itu tiang agama... servislah diri kamu dengan solat yang sempurna. kerna servis yang sempurna akan memastikan jaminan hayat yang lebih baik... pastikan anda gunakan alat ganti yang tulen

0 comments:

Post a Comment

Keindahan islam